Trump Jemput Duterte Ke AS

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Panggilan telefon Donald Trump kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Sabtu dilihat pegawai Rumah Putih sebagai amalan biasa untuk merapatkan hubungan dengan pemimpin Asia Tenggara.

Namun bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, beliau mempunyai idea tersendiri apabila memutuskan untuk menghubungi Duterte.

Semasa perbualan yang dianggap 'mesra' antara kedua pemimpin itu, Trump telah menjemput Duterte yang dikenali sebagai pemimpin yang mengarahkan pembunuhan suspek kes dadah di Filipina untuk melawat AS.

Jemputan itu bagaimanapun telah menyebabkan pihak keselamatan AS bersiap sedia untuk berdepan pelbagai kemungkinan, termasuk berdepan kritikan di peringkat dalaman.

Jurucakap Duterte, Ernesto Abella mengesahkan pihaknya menerima jemputan Rumah Putih  sambil menambah Trump telah mengakui memahami cabaran yang dihadapi Filipina terutama berkaitan dadah.







Tags / Kata Kunci: Duterte , Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan