Wanita Cedera Diserang Jerung - Berita Dunia | mStar

Wanita Cedera Diserang Jerung

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

CAMP PENDLETON: Seorang wanita cedera diserang jerung di sebuah pantai popular di pesisir Selatan California, menurut pihak berkuasa.

Pembantu taman negeri, Travis Lara memberitahu agensi media Orange County Register, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berjalan dalam air di pantai itu.

"Jerung itu menyerang dan menggigitnya pada bahagian atas paha," katanya.

Insiden itu berlaku pada Ahad berhampiran Pantai Negeri San Onofre di sepanjang pangkalan Kem Tentera Laut Pendleton di daerah San Diego.

Sarjan Kem, Asia Sorenson memaklumkan akhbar San Diego Union-Tribune bahawa mangsa dihantar ke sebuah hospital menggunakan helikopter dan pantai itu ditutup sehingga hari ini. - AP

Tags / Kata Kunci: San Onofre , jerung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan