Budak Dua Tahun Hanya Luka Dilanggar Dua SUV - Berita Dunia | mStar

Budak Dua Tahun Hanya Luka Dilanggar Dua SUV

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

SICHUAN: Pantang maut sebelum ajal. Begitulah yang berlaku pada seorang kanak-kanak dua tahun yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Xichang.

Rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan budak itu melintasi jalan raya di mana semua kenderaan berhenti bagi mematuhi lampu isyarat.

Kanak-kanak bertuah itu kemudian melangkah ke laluan bersebelahan di mana sebuah kereta SUV secara tidak sengaja terlanggarnya.

Terbaring dalam keadaan cedera, sebuah lagi SUV kemudiannya kelihatan melalui jalan sama tanpa menyedari kehadiran kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa yang melihat kejadian bergegas mendapatkan anaknya yang terbaring di jalan raya.

Terselamat daripada maut, kanak-kanak itu disahkan hanya mengalami luka di bahagian dahi.

Tags / Kata Kunci: SUV , Xichang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan