Korea Utara Beri Amaran Lancar Ujian Nuklear

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 4:06 PM

Korea Utara telah menjalankan lima ujian nukelar sejak 11 tahun lalu dan ia dipercayai berusaha untuk mencapai hasratnya membangunkan peluru berpandu yang boleh membawa kepala peledak ke benua Amerika Syarikat. Foto KCNA VIA KNS/AFP/STR

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Korea Utara pada Isnin memberi amaran ia akan menjalankan ujian nuklear "pada bila-bila masa di mana-mana lokasi" yang ditetapkan kepimpinannya.

Ketegangan sedang memuncak di semenanjung Korea berlarutan selama berminggu-minggu, dengan tanda-tanda Korea Utara mungkin bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh atau ujian nuklearnya keenam, dengan Washington enggan untuk menolak serangan tentera sebagai tindak balas.

Seorang jurucakap kementerian luar Korea Utara berkata, Pyongyang bersiap sedia sepenuhnya terhadap sebarang pilihan yang diambil Amerika Syarikat (AS).

Rejim itu akan terus mengukuhkan keupayaan serangan nuklear bersifat pencegahan melainkan Washington memansuhkan dasar permusuhan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA.

"Langkah-langkah Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) untuk mengukuhkan kuasa nuklear sehingga maksimum dan akan dilakukan dengan cara yang berturut-turut pada bila-bila masa dan mana-mana lokasi yang diputuskan kepimpinan tertinggi," tambah jurucakap itu.

Korea Utara telah menjalankan lima ujian nuklear dalam tempoh 11 tahun dan ia dipercayai berusaha mencapai hasratnya membangunkan peluru berpandu yang berupaya membawa kepala peledak ke benua AS. - AFP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan