Anak Militan IS Pakai Jaket Berisi Bom Buat Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Polis di Australia sedang menyiasat laporan bahawa anak lelaki militan IS berusia lapan tahun dirakam sedang memakai jaket pengebom berani mati dan mengancam untuk membunuh rakyat di negara itu.

Kanak-kanak di dalam rakaman itu didakwa sebagai anak bongsu Khaled Sharrouf yang menjadi warganegara Australia pertama dilucutkan kerakyatannya mengikut undang-undang anti pengganas.

Baru-baru ini, kanak-kanak itu turut dirakam memegang dua senapang dan sebilah pisau serta membuat kenyataan berbaur ancaman ketika ditanya "Bagaimana anda membunuh rakyat Australia?," lapor Sunday Telegraph.

Sharrouf yang meninggalkan Australia untuk berlepas ke Syria pada 2013 bersama keluarganya menggemparkan dunia pada 2014 apabila dia memuatnaik imej anak lelaki memegang kepala yang sudah dipenggal.

"Pasukan Bersama Anti Keganasan New South Wales (JCTT) sedia maklum tentang video tersebut yang dipercayai dirakam di negara Timur Tengah dengan menggambarkan ancaman kecil di bawah nama IS.

"JCTT sedang menyiasat video itu. Namun tiada ancaman khas. Tahap ancaman keganasan terhadap negara kekal pada tahap mungkin terjadi," kata polis NSW.

Selepas isteri Sharrouf, Tara Nettleton dilaporkan meninggal tahun lalu, usaha ibunya untuk membawa pulang lima cucunya tidak berjaya.

Sharrouf juga dipercayai maut dalam serangan menggunakan drone di Iraq pada 2015 tetapi kematiannya masih lagi menjadi tanda tanya.

Canberra mengeluarkan amaran keganasan di peringkat berjaga-jaga pada September 2014 dan memperkenalkan undang-undang keselamatan kebangsaan baharu susulan bimbang dengan serangan kumpulan militan IS.

Tags / Kata Kunci: militan IS , Khaled Sharrouf

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan