Latihan Tentera AS-Korea Selatan Bermula

Diterbitkan: Ahad, 30 April 2017 10:46 AM

Latihan ketenteraan bersama antara AS dan Korea Selatan bermula sebaik kapal USS Carl Vinson tiba di Laut Jepun.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson, memulakan latihan dengan Tentera Laut Korea Selatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan AS memberitahu AFP, pasukan penyerang AS melancarkan latihan dari jam 6 petang Sabtu sebaik tiba di Laut Jepun, Korea Selatan.

Latihan bersama itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik. Latihan itu bertujuan mengesahkan keupayaan sekutu mengesan dan memintas peluru berpandu balistik musuh.

Bagaimanapun, tempoh latihan bersama itu tidak didedahkan.

Menurut agensi berita Yonhap, ia dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Beliau menambah, latihan bersama itu turut membabitkan latihan penggunaan peluru hidup dan antikapal selam. - AFP



Tags / Kata Kunci: AS , Korea Selatan , USS Carl Vinson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan