Letupan Bom Ketika Pemimpin Asean Berkumpul Di Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Empat belas orang cedera dalam letupan bom di Manila, demikian menurut polis Filipina pada Sabtu.

Bagaimanapun pihak berkuasa menolak ia mempunyai kaitan dengan mesyuarat pemimpin Asia di ibu negara.

Letupan itu berlaku pada Jumaat kira-kira 5 kilometer daripada kompleks yang dikawal ketat di mana pemimpin Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) bertemu.

Polis berkata mereka sedang menyiasat mengenai kemungkinan wujudnya serangan balas dendam.

Menurut Inspektor Kimberly Molitas, ahli keluarga kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang cedera dalam serangan di kawasan yang sama oleh sekumpulan pemuda awal minggu ini telah membuat ancaman awam.

Beliau berkata peranti sebagai "bom paip buatan sendiri" itu disumbat dengan bahan letupan gred rendah seperti yang digunakan untuk membuat mercun.

Sehingga kini tiada tangkapan dibuat.

"Kejadian itu tidak ada apa-apa kaitan dengan Sidang Kemuncak Asean yang sedang berlangsung.

"Kami memberi jaminan bahawa langkah keselamatan telah diambil dan diharap orang ramai dapat beri kerjasama dalam hal ini," kata Ernesto Abella, jurucakap Presiden Rodrigo Duterte menerusi kenyataan. -AFP

Tags / Kata Kunci: Filipina

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan