Sesat 47 Hari, Lelaki Taiwan Susut 30 Kilogram

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Seorang lelaki Taiwan yang sesat selama 47 hari di kawasan pergunungan Himalaya di Nepal akhirnya dapat ditemui dalam keadaan lemah bersebelahan mayat tempat wanitanya.

Liang Sheng Yueh, 21, ditemui di tebing sebuah air terjun dan teman wanitanya, Liu Chen Chun, 19, dikatakan meninggal dunia tiga hari sebelum mereka ditemui.

Seorang pegawai agensi kembara, Madhav Basnet berkata, Sheng Yueh telah diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital di sini, manakala mayat Chen Chun diangkut ke ibu negara Nepal.

Menurut doktor, Sheng Yueh kehilangan kira-kira 30 kilogram berat badannya sepanjang 47 hari itu.

Pasangan berkenaan hilang ketika melakukan pengembaraan di laluan Ganesh Himal yang kurang popular dan terperangkap dalam ribut salji pada Mac lalu sebelum sesat.

Menurut Basnet, mereka dipercayai menyusuri sebuah sungai dengan harapan menemui kawasan penempatan, tetapi terjatuh di tebing air terjun itu, menyebabkan mereka tidak dapat turun atau naik.

Sepanjang dua minggu pertama, pasangan itu bergantung kepada makanan yang mereka bawa tetapi selepas itu hanya memakan garam dan air.

Pasukan penyelamat menjelajah kawasan itu selama dua minggu sebelum memutuskan untuk menangguhkan usaha mencari.

Bagaimanapun operasi pencarian disambung semula pada 20 April lalu. 

Basnet yang mengetuai pasukan mencari dan menyelamat itu ternampak khemah merah sebelum turun ke tebing sungai itu.

“Kami menemui lelaki itu, tetapi temannya sudah meninggal dunia,” kata Banet.  - Reuters





Tags / Kata Kunci: Himalaya , Taiwan , Nepal

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan