Sekatan Pyongyang Diperketat

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mengetatkan sekatan ke atas Korea Utara dan meningkatkan langkah diplomatik bertujuan untuk memberi tekanan kepada negara itu seterusnya menamatkan program nuklear serta peluru berpandu.

Strategi itu diumumkan Presiden Donald Trump selepas taklimat ringkas untuk semua 100 senator AS.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Setiausaha Negara, Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis dan Pengarah Perisikan Negara, Dan Coats, Washington ingin mencari kestabilan serta keamanan menghapuskan nuklear di Semenanjung Korea.

"Kami membuka peluang untuk rundingan ke arah matlamat tersebut. Bagaimanapun, kami tetap bersedia untuk mempertahankan diri dan sekutu.

"Pendekatan presiden bertujuan memberi tekanan kepada Pyongyang untuk menghentikan nuklear dan misil balistik dengan mengetatkan sekatan ekonomi serta meneruskan langkah diplomatik dengan sekutu kami dan rakan serantau," menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera udara AS telah melancarkan ujian peluru berpandu balistik  yang mampu membawa kepala peledak nuklear.

Misil Minuteman III dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, kira-kira 209 kilometer di barat laut Los Angeles, California, pada jam 12.03 minit tengah malam (waktu tempatan) dan berjaya mencapai sasaran berhampiran Kwajalein Atoll di Pulau Marshall.

Difahamkan, ujian dilancarkan untuk menilai keberkesanan, kesediaan dan ketepatan sistem peluru berpandu. - Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: Pyongyang , Trump

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan