Marion, James Jadi Siri Kartun

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

DUA beradik yang menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas muncul secara tidak sengaja ketika bapa mereka sedang bersiaran secara langsung dengan stesen BBC akhirnya mempunyai siri kartun sendiri.

Si cilik Marion dan James Kelly kini merupakan pelakon dalam program animasi terbaharu The Adventures Of Mina And Jack.

Dalam prolog video berdurasi 3 minit dan 9 saat, dua beradik itu memakai pakaian yang digunakan dalam rakaman yang menjadi viral seperti dilaporkan media antarabangsa sebelum ini.

Animasi itu berkisahkan penggembaraan Mina dan Jack yang membantu bapa mereka dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya fikir ia sangat comel. Saya dan isteri ketawa. Mereka menjadikan saya kelihatan serba salah," kata Prof Kelly, bapa kepada dua beradik itu.

Penulis Lauren Martin dan suaminya, Jarryd Mandy yang juga pembangun aplikasi siri animasi itu mendapat ilham menghasilkan program tersebut selepas menonton rakaman yang menjadi viral itu lebih beratus kali.

Setakat ini, video tersebut mendapat sambutan luar biasa pengguna YouTube.

Tags / Kata Kunci: Marion , James , kartun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan