Polis London Tembak Wanita Suspek Militan, Empat Lagi Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 11:16 AM

(Ubah saiz teks)

POLIS London lengkap dengan senjata api telah melakukan serbuan di sebuah rumah yang dipercayai didiami sekumpulan anggota militan.

Sekurang-kurangnya lima tembakan dilepaskan di Jalan Harlesden, Willesden sebelum pukul 7 malam, Jumaat.

Dalam operasi cegah pengganas itu, wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditembak dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala empat yang lain ditahan.

Setakat ini, wanita yang cedera akibat kesan tembakan itu belum ditahan polis, bagaimanapun pasukan keselamatan mengawal ketat hospital berkenaan.

Empat tahanan itu melibatkan lelaki berusia 20 tahun yang ditahan di lokasi serbuan itu, manakala seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, seorang wanita juga berusia 20 tahun dan 43 tahun ditahan di Kent.

Semua suspek yang selama ini pergerakan mereka dipantau pasukan risikan negara itu ditahan mengikut Seksyen 41 Akta Keganasan 2000.

Penahanan ini dibuat hanya beberapa jam selepas pasukan polis bersenjata menahan suspek pengganas berdekatan Downing Street dan Parlimen.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang juga dipantau pergerakannya telah ditahan selepas mendapat maklumat daripada keluarganya.

Tags / Kata Kunci: Downing Street , militan , London

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan