THAAD Balasan Ancaman Korea Utara - Berita Dunia | mStar

THAAD Balasan Ancaman Korea Utara

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 11:18 AM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula memindahkan bahagian sistem pertahanan peluru berpandu ke tapak penempatan di Korea Selatan, ketika ketegangan semakin memuncak berhubung program nuklear Pyongyang.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam satu kenyataan memberitahu, Seoul dan AS telah berusaha untuk menjamin keupayaan operasi awal sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) sebagai tindak balas ancaman dari Korea Utara.

"Beberapa bahagian telah dipindahkan ke sebuah padang golf di selatan negara dan dijangka beroperasi hujung tahun ini," menurut kenyataan itu.

Dalam satu rakaman televisyen, sebuah lori tentera dilihat membawa beberapa bahagian besar termasuk kanister pelancar ke tapak penempatan di Seongju, terletak kira-kira 250 kilometer di selatan Seoul.

Jurucakap pendahulu pilihan raya presiden Moon Jae-in, menyifatkan keputusan menempatkan THAAD di negara itu mengabaikan pendapat dan protes awam serta menuntut ia ditangguhkan sehingga pentadbiran seterusnya dipilih.

Sementara itu, Pentagon berkata, penempatan adalah langkah kritikal untuk mempertahankan Korea Selatan dan sekutunya terhadap ancaman misil rejim Kim Jong-un. - Reuters

Tags / Kata Kunci: THAAD , Pentagon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan