Armada Laut AS, Australia Jadi Sasaran Baharu Pyongyang

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 10:03 AM

ARMADA serangan AS yang diketuai kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson dijangka tiba di perairan Semenanjung Korea dalam tempoh beberapa hari lagi.

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Korea Utara mengancam untuk menyerang kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang dikerah ke perairan Semenanjung Korea selain memberi amaran mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Australia jika negara itu terus membuta-tuli menyokong Washington.

Amaran terbaharu Pyongyang itu dikeluarkan ketika dua kapal perang Jepun menyertai armada serangan tentera Laut AS yang diketuai kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson.

Presiden AS, Donald Trump mengarahkan armada tersebut memasuki perairan Semenanjung Korea susulan kerancakan Korea Utara menjalankan ujian nuklear dan peluru berpandu selain ancaman yang dikeluarkan oleh Pyongyang untuk menyerang AS serta sekutunya.

Armada serangan itu dijangka tiba dalam beberapa hari lagi, sekali gus meningkatkan kemungkinan bahawa AS akan mengambil langkah ketenteraan ke atas kedegilan Korea Utara untuk menghentikan progaram pembangunan senjata nuklear.

Namun Pyongyang tidak mengendahkan amaran dan langkah drastik yang diambil oleh AS itu sebaliknya menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berperang dengan negara barat itu.

"Tentera kami bersedia untuk menenggelamkan kapal pengangkut pesawat AS berkuasa nuklear dengan hanya satu serangan," lapor akhbar tempatan, Rodong Sinmun dalam ruangan kolumnis pada Ahad.

Akhbar itu juga mengaitkan kapal terbabit sebagai haiwan liar dan satu serangan ke atasnya boleh menjadi contoh terbaik untuk mempamerkan kekuatan tentera Korea Utara.

Dalam pada itu, stesen televisyen tempatan, KCNA yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata, Australia turut disenaraikan sebagai sasaran selepas negara itu membuta-tuli mengikut jejak langkah AS.

"Jika Australia berterusan mengikut langkah AS memulau dan meminggirkan Korea Utara, negara itu berada dalam jarak serangan nuklear tentera Korea Utara," lapor KCNA.

Ugutan itu dikeluarkan selepas Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, pihaknya melihat program nuklear Pyongyang sebagai satu ancaman.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Nuklear , AS , Australia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan