Kereta Terbang Dijual Secara Komersial - Berita Dunia | mStar

Kereta Terbang Dijual Secara Komersial

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 1:11 PM

AEROMOBIL Flying Car akan mula dijual secara komersial menjelang 2020. - AFP

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kereta terbang pertama di dunia yang akan dijual secara komersial pasaran akan dipamerkan di Monaco, Perancis pada minggu ini, sekali gus melonjak era teknologi dalam dunia pemotoran ke tahap yang baharu.

Syarikat pengeluar kereta tersebut, AeroMobil berkata, kenderaan canggih yang dinamakan sebagai AeroMobil Flying Car akan mula dijual kepada umum menjelang tahun 2020.

Kereta berkuasa petrol tersebut boleh berlepas di kawasan padang berumput atau jalan dengan jarak beberapa ratus kilometer sahaja.

Pada satu pameran Khamis lalu, syarikat berkenaan mempemerkan model pertama kereta tersebut yang boleh bertukar kepada mod penerbangan dalam tempoh kurang tiga minit.

AeroMobil meletakkan sasaran untuk menghasilkan sehingga 500 unit dalam pengeluaran pertama dengan meletakkan harga antara 1 juta pound sterling (RM5.6 juta) dan tempahan awal sudah mula dibuka.

Ketua Pegawai Komunikasi AeroMobil, Stefan Vadocz berkata, kenderaan itu boleh berlepas di landasan lapangan terbang atau kawasan yang sesuai.

"Pemilik kenderaan itu juga perlu memiliki lesen juruterbang dan memandu," katanya.

Mengulas tentang soal keselamatan, Vadocz berkata, pengguna kenderaan itu akan mematuhi peraturan jalan dan udara yang akan dikuatkuasakan pada 2020.

Tags / Kata Kunci: AeroMobil , Kereta Terbang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan