American Airlines Mohon Maaf Insiden Kereta Sorong Bayi

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Syarikat penerbangan American Airlines pada Sabtu memohon maaf kepada seorang penumpang dan menggantung tugas seorang kakitangan selepas tular video yang menunjukkan insiden kekecohan berhubung kereta sorong bayi.

Video yang dimuatnaik di Facebook pada Jumaat oleh salah seorang penumpang yang menaiki penerbangan itu, menunjukkan seorang wanita berkenaan menangis sambil mendukung anak kecilnya, dan seorang lelaki tampil bersemuka dengan seorang kru kabin yang merampas kereta sorong bayi milik wanita itu.

Seorang pengguna Facebook, Surain Adyanthaya yang memuatnaik video itu berkata, kru kabin merampas kereta sorong bayi, dan memukul wanita berkenaan dan pukulan tersebut hampir mengenai anaknya.

American Airlines dalam satu kenyataan memberitahu ia menyiasat insiden yang berlaku sebelum pesawat tersebut berlepas dari San Francisco ke Dallas.

"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi penumpang, keluarganya atau mana-mana penumpang lain yang terjejas akibat insiden itu.

Menurut American Airlines, penumpang wanita itu akan dinaik taraf ke kelas pertama bagi penerbangan akan datang. - Reuters


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan