Armada Serangan AS Semakin Hampir, Pyongyang Ulangi Amaran

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 11:35 AM

KAPAL pengangkut pesawat USS Carl Vinson dijangka tiba di Laut Jepun dalam tempoh beberapa hari lagi. - AP

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Korea Utara mengulangi amaran untuk melancarkan perang berskala penuh dengan menggunakan senjata nuklear ketika armada serangan tentera laut Amerika Syarikat (AS) semakin hampir tiba di Semenanjung Korea.

Ketegangan antara Korea Utara dan AS semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu susulan ujian peluru berpandu Pyongyang yang mengundang kecaman dan amaran daripada pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Menurut Naib Presiden AS, Mike Pence, armada serangan tentera laut AS yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson akan tiba di Laut Jepun dalam tempoh beberapa hari lagi selepas lokasi kumpulan kapal itu menjadi mencetuskan tanda tanya.

Armada tentera itu sepatutnya tiba di kawasan perairan berdekatan Korea Utara pada minggu lalu susulan kebimbangan terhadap tindakan Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam.

Namun tentera laut AS berkata, kumpulan penyerang itu yang belayar dari kawasan perairan Singapura, menuju ke Australia untuk mengadakan latihan dengan tentera laut negara tersebut.

Bagaimanapun tindakan AS menghantar armada serangan terbabit tidak menggentarkan Korea Utara, sebaliknya Pyongyang terus memberi amaran bahawa perang akan tercetus jika Washington meneruskan provokasi berkenaan.

"Kini kami memiliki senjata nuklear untuk melindungi kedaulatan negara daripada ancaman nuklear AS dan kami akan bertindak balas dengan melancarkan perang berskala penuh dan perang nuklear.

"Kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran dengan AS," lapor Al Jazeera yang memetik kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.

Pyongyang akan menyambut ulang tahun ke-85 penubuhan Tentera Rakyat Korea pada Selasa dan dikhuatiri akan mengadakan ujian peluru berpandu atau nuklear seperti kebiasaannya sebelum ini.

Pada hari yang sama juga, Korea Utara selesai menjalankan latihan ketenteraan musim sejuk manakala Korea Selasa dan AS juga menamatkan latihan ketenteraan bersama.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Amerika Syarikat

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan