90,000 Terjejas, San Francisco Bergelap

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

CALIFORNIA: Sebahagian besar San Francisco bergelap akibat gangguan bekalan elektrik susulan kebakaran pencawang utiliti bandar ini.

Kejadian itu juga melumpuhkan pusat teknologi dan kewangan bandar itu, selain menyebabkan operasi kereta kabel tergendala.

Malahan, ia juga memaksa peniaga menutup premis jualan masing-masing.

Perbadanan PG & E melaporkan, kebakaran dan kegagalan litar pintas di pencawang San Francisco dengan siri gangguan bekalan elektrik berlaku di bandar raya Bay Area selepas jam 9 pagi waktu tempatan, sekali gus memutuskan bekalan kepada 90,000 pelanggan.

Pekerja pejabat di daerah kewangan bandar raya memenuhi kaki lima, mencari kafe terbuka atau menunggu di lobi bangunan masing-masing kerana lif tidak berfungsi.

"Ia kelihatan separuh bandar raya ini tiada bekalan elektrik. Kami sedang menjalankan urusan perdagangan," kata ketua pegawai pelaburan di Pengurusan Aset Baker Avenue, King Lip.

Empat belas kawasan kejiranan terjejas termasuk kawasan beli belah utama berhampiran Union Square, yang menyaksikan butik dan restoran serta peruncit utama seperti Macy's dan Louis Vuitton menutup perniagaan.

Menjelang jam 3 petang waktu tempatan, bekalan kembali pulih ke kawasan tidak sampai satu pertiga pelanggan yang terjejas.

Jurucakap PG&E, Paul Doherty, berkata pihaknya memerlukan beberapa jam lagi sebelum semuanya kembali normal. - Reuters

Tags / Kata Kunci: San Francisco , Bay Area

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan