Gambar Remaja Lelaki Muka 'Jambu' Bersenjata Tular

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 1:37 PM

Sekumpulan remaja lelaki berwajah 'jambu' memegang koleksi senjata. - sumber gambar:Dailymail.co.uk

(Ubah saiz teks)

BIRMINGHAM: Gambar sekumpulan remaja lelaki berwajah 'jambu' menjadi tular selepas ia menunjukkan mereka memegang pelbagai koleksi senjata tersebar secara meluas di sekitar daerah Birmingam dan barat Midlands.

Gambar yang menunjukkan lima remaja lelaki berpakaian baju panas serta topi bergambar di sebuah lorong dengan memegang senjata termasuk kayu pemukul besbol, parang dan beberapa peralatan memotong pokok.

Selain itu, 'posing' remaja berkenaan yang menunjukkan isyarat yang sinonim dengan sebuah kumpulan kelihatan seperti bersedia untuk bertempur turut mencetuskan kebimbangan orang awam.

Menurut laporan agensi berita tempatan negara itu, salah seorang daripada mereka turut memegang sebuah alat pemotong yang digunakan untuk mencantas pokok-pokok kecil, selain direka untuk digunakan semasa zaman dahulu untuk mengheret pesalah menggunakan kuda.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana gambar itu telah diambil. - Dailymail.co.uk

Tags / Kata Kunci: Viral , Birmingham

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan