Ekor Anak Anjing 'Hilang' Dipercayai Kes Dera

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 9:01 PM

-foto ST/Facebook/Apollo Chan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seekor anak anjing ditemui di Pasir Ris Farmway tanpa ekor, Jumaat, dipercayai kes dera.

Sam Chan, seorang pelatih anjing berusia 48 tahun memuat naik video dan beberapa keping gambar di Facebook pada Jumaat menunjukkan keadaan seekor anjing yang ekornya 'hilang'.

Posting itu dikongsi lebih 3,600 kali.

"Saya tak tahu siapa yang sanggup melakukannya, mereka ini tak berhati perut," katanya kepada The Straits Times, Sabtu.

Beliau berkata seseorang telah menjumpai anak anjing itu di Pasir Ris Farmway dan ia kini berada di bawah jagaan veterinar.

Chan, yang telah bekerja di situ lebih kurang tujuh tahun berkata beliau berpendapat kes ini berkemungkinan adalah kes penyalahgunaan haiwan kerana jelas sekali ekornya dipotong dan tidak mungkin berlaku secara kebetulan.

Derrick Tan, presiden kumpulan menyelamat anjing Voices for Animals, memberitahu ST bahawa luka yang dialami anak anjing itu telah berulat.

Tags / Kata Kunci: dera haiwan , anak anjing

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan