Teknik Keriting Rambut Guna Penyepit Besi Jadi Tular

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

BEJING: Rakaman video seorang tukang gunting warga emas yang menggunakan kaedah tradisional iaitu penyepit besi untuk mengeritingkan rambut menjadi tular di China.

Wang Meimei, 74, dari Jinshi yang terletak di wilayah Sichuan menggunakan teknik tersebut yang popular sebelum tahun 1980-an selama beberapa dekad, lapor Chengdu Economic Daily.

Wang mengenakan bayaran empat yuan (RM2.50) untuk teknik tersebut yang mampu bertahan selama tiga bulan.

Untuk mengeritingkan rambut, Wang memanaskan penyepit besi itu dan merendamnya di dalam air sebelum menggulung alat tersebut di rambut pelanggannya.

Salun rambut Wang tidak mempunyai nama tetapi kedainya sentiasa penuh sehingga menyebabkan warga emas itu tidak menang tangan.

Menurut laporan itu, jika Wang menggerakkan penyepit itu terlalu perlahan, dia mungkin menyebabkan rambut pelanggannya terbakar tetapi jika suhu terlalu rendah, ia tidak akan membentuk keriting yang sempurna.

Wang tidak menggunakan sebarang bahan kimia untuk proses mengeriting rambut pelanggannya.

Malah, Wang memberitahu dia tidak pernah mencederakan mana-mana pelanggannya yang mahu mengeriting rambut mereka menggunakan kaedah itu.

Wang mula mempelajari kemahiran dandanan rambut dengan abangnya pada 1959 ketika dia berusia 17 tahun.

Adik-beradik itu membuka salun rambut bersama pada 1977.

Namun Wang menyatakan rasa bimbang teknik tradisional itu akan lenyap ditelan zaman.

Malah anak lelaki Wang turut tidak berminat untuk mempelajari kaedah itu kerana mendapati ia sukar untuk dikendalikan.

Tags / Kata Kunci: salun rambut , China , penyepit besi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan