Risiko Perang Nuklear Terlalu Tinggi - PBB

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 5:45 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa risiko untuk perang nuklear tercetus akibat 'kesilapan malapetaka' berada pada tahap kritikal.

Menurut laporan Institut Kajian Perlucutan Senjata PBB (UNIDR), situasi tersebut boleh berlaku disebabkan kegagalan sistem automatik (senjata nuklear) yang rumit dan mencetuskan kejadian yang boleh meragut berjuta-juta nyawa.

Jelas laporan itu, program pencegahan nuklear masih bertahan sehingga tempoh tertentu.

"Risikonya sangat tinggi dan jika nasib tidak baik, malapetaka akan menyusul," tambah laporan itu seperti dilaporkan portal Mail Online.

Selain itu, UNIDR member amaran bahawa sambungan antara alat pengesan, drone dan rangkaian sistem senjata menunjukkan satu kesilapan boleh memburukkan lagi keadaan dengan pantas.

Malah jelasnya, risiko insiden, salahfaham dan pertikaian yang tidak diingini terlalu tinggi.

"Kerumitan sistem interaksi yang menghubungkan senjata nuklear (seperti sistem amaran awal, kawalan perintah dan pelancaran) boleh mencetuskan insiden nuklear secara tidak sengaja.

"Kebergantungan kepada sistem automatik ini juga boleh mengkikis keyakinan, sekali gus mendedahkan dunia ini kepada ancaman baharu (perang nuklear)," tambah laporan itu.

UNIDR juga menekankan risiko negara kecil yang menjadi kuasa nuklear terdedah kepada ancaman pengganas memandangkan negara tersebut tidak mempunyai kawalan yang ketat terhadap senjata tersebut.

"Selagi senjata nuklear masih wujud, nyawa kita masih terancam sama ada senjata itu digunakan dengan tujuan atau secara tidak sengaja.

"Ancaman ini hanya boleh dihapuskan jika semua senjata nuklear dimusnahkan," tambah laporan berkenaan memetik kenyataan pada Persidangan Agung PBB pada 2013.

Sebagai contoh, kata UNIDR, Perang Dingin hampir mencetuskan perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) termasuk insiden pada 1983 yang menyaksikan sistem senjata senjata Soviet.

Tags / Kata Kunci: PBB , Nuklear

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan