Tanah Runtuh Ragut 17 Nyawa Di Pergunungan Andes

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 maut, manakala tujuh yang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh di Manizales, Colombia.

"Kami membantu untuk mencari mereka yang hilang dan malangnya, jumlah itu meningkat," kata Presiden Juan Manuel Santos mengenai jumlah kematian terkini selepas tiba di lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa, ia adalah insiden tanah runtuh maut kedua di negara itu.

Bencana alam itu mengancam penduduk di berpuluh-puluh bandar yang menempatkan kediaman sementara di lereng pergunungan Andes, sekali gus menjadikan kawasan itu terdedah pada runtuhan salji dan banjir.

Kejadian di ibu negeri kawasan penanaman kopi di wilayah Caldas dekat barat Bogota itu menyamai insiden di Mocoa, Putumayo, awal bulan ini, yang mengorbankan lebih 320 orang, manakala beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.

Menurut agensi kerajaan, sekurang-kurangnya 57 rumah terjejas. Media tempatan melaporkan, Manizales menerima purata hujan sebulan dalam kejadian itu, yang turun hanya dalam sekelip mata. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Andes , Juan Manuel Santos

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan