Parlimen Britain Beri Mandat Dua Pertiga Kepada PM Untuk Adakan Pilihan Raya 8 Jun

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 7:00 AM

Perdana Menteri Britain, Theresa May bersama penyokongnya di Walmsley Parish Hall, Bolton, England, Rabu. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Rabu berjaya memperolehi sokongan dua pertiga daripada ahli-ahli parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum pada 8 Jun depan.

Dalam undian yang dijalankan itu, 522 ahli parlimen mengundi bersetuju manakala 13 lagi menentang.

Tempoh penggal parlimen sekarang hanya akan tamat pada 2020.

Tetapi Theresa membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal bagi memperolehi mandat baru yang lebih kukuh untuk berunding dengan Kesatuan Eropah berhubung keputusan Britain keluar dari kesatuan tersebut.

Dalam satu referendum yang berlangsung tahun lalu, lebih 52 peratus rakyat Britain mengundi untuk keluar sebagai anggota Kesatuan Eropah dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan