Tiga Mati Ditembak Lelaki Benci 'Orang Kulit Putih'

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 9:04 AM

Suspek dikenal pasti sebagai Kori Ali Muhammad. Foto Mirror

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki bersenjata yang diberitahu polis bahawa suspek membenci orang kulit putih menembak mati tiga orang di jalan di bandar Fresno, California pada Selasa, kata pihak berkuasa.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Kori Ali Muhammad melepaskan sekurang-kurangnya 16 tembakan dalam tempoh kurang seminit di empat lokasi di Fresno pada kira-kira 10.45 pagi Selasa waktu tempatan (1.45 pagi Rabu waktu Malaysia).

Dia kemudiannya ditahan polis.

Suspek berusia 39 tahun itu dikehendaki polis membabitkan kes tembak mati seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata pada minggu lalu.

Selepas melepaskan tembakan, suspek melarikan diri sebelum dikesan anggota polis.

Ketua polis, Jerry Dyer bercakap kepada pemberita: "Dia dengan serta-merta merebahkan badannya ke tanah sebelum ditahan polis." 

"Dia tidak suka orang kulit putih," kata Dyer.

Sekurang-kurangnya dua mangsa adalah orang kulih putih. - Mirror

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan