Jutawan F1 India Ditahan Gara-Gara Hutang RM6.4 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Jutawan pasukan Formula Satu (F1) dari India, Vijay Mallya ditahan polis sini pada Selasa selepas didakwa terlibat dalam kes penggubahan wang melibatkan hutang lebih satu bilion pound sterling (RM5.5 bilion) yang dikaitkan dengan kejatuhan syarikat penerbangan miliknya.

Vijay yang tinggal di sebuah rumah agam di Hertfordshire dan dikenali sebagai The King of Good Times, menyerah diri di sebuah balai polis di London.

Pihak berkuasa India mahu beliau diekstradisi ke negara asal ketika penyiasat meneliki kes hutang yang masih belum dibayar kepada syarikat penerbangan Kingfisher Arlines yang mengalami kerugian teruk pada 2012 sehingga menyebabkan 8,500 orang kehilangan kerja.

Pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Majistret Westminster, jutawan berusia 61 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 650,000 pound sterling (RM3.6 juta) sehingga kes itu ditangguhkan pada 17 Mei depan.

Kerajaan India yang menarik semula pasport Vijay pada April tahun lalu, memuji penangkapan jutawan itu dan tidak akan membenarkan pihak yang terlibat dalam kes penipuan terlepas.

"Vijay akan dibawa pulang ke India. Kerajaan sedang berusaha ke arah itu. Tiada siapa boleh terlepas," kata Menteri Junior Kewangan, Santosh Gangwar.

Bagaimanapun, Vijay menerusi satu kenyataan dalam laman Twitter pada awal tahun ini mendakwa dirinya sebagai tidak bersalah.

"Satu rupee pun tidak disalahguna."

Jabatan Penguatkuasa India yang ditugaskan menyiasat kes itu, mendapati hutang Vijay berjumlah 94 bilion rupee (RM6.4 bilion) dan sebuah mahkamah di New Delhi meminta jutawan tersebut hadir ke semasa perbicaraan.

Tags / Kata Kunci: Vijay Mallya

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan