7.2 Juta Penduduk Jakarta Mengundi Lagi

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 11:23 AM

TIGA pengundi wanita menunjukkan kesan dakwat selepas mereka menunaikan tanggungjawab membuang undi di Jakarta pada 19 April 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebanyak 7,218,254 warga Jakarta yang layak mengundi sekali lagi akan membuat keputusan memilih Gabenor Jakarta bagi tempoh lima tahun pada pusingan kedua Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) pada Rabu.

Jumlah pemilih itu meningkat lebih 100,000 orang apabila pada Pilkada, Februari lepas, mencatat jumlah pengundi berdaftar sebanyak 7.108.589 orang.

Media-media dalam talian memetik Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Dahliah Umar, sebagai berkata, penambahan itu adalah disebabkan suruhanjaya itu menggunakan data pendaftaran pemilih terkini.

Mereka akan mengundi di 13,034 buah pusat pengundian di seluruh daerah Jakarta yang dibuka  mulai pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari.

Pilkada bagi Jakarta terpaksa diadakan secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi  undi majoriti melebihi 50 peratus pada pusingan pertama.

Pilkada pusingan kedua ini menyaksikan gandingan penyandang jawatan Basuki Tjahaja Purnama  atau Ahok dan Djarot Saiful Hidayat dicabar oleh bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan,  Anies Baswedan dan pasangannya seorang ahli perniagaan, Sandiaga Salahuddin Uno.

Pada Pilkada 15 Februari lepas, Ahok dan Djarot mendahului pungutan undi dengan mendapat  44.17 peratus manakala pasangan Anies dan Sandiaga mendapat 39.55 peratus.

Pasangan Agus Harimurti Yudhoyono iaitu anak sulung bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua apabila mendapat 16.27 peratus.

Sistem pilihan raya itu mewajibkan seseorang calon melepasi 50 peratus daripada  jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif  daerah.

Kerajaan mengumumkan hari Rabu sebagai hari cuti khas di Jakarta dan pihak berkuasa juga  membuat kawalan ketat di seluruh pintu masuk ke Jakarta.

Orang awam dari luar Jakarta dilarang memasuki ibu negara itu jika tidak mempunyai urusan  rasmi bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jakarta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan