Derita 'Budak Biawak' Undang Kebingungan

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 1:41 PM

SHARMA menderita penyakit ganjil sejak dilahirkan. - Sumber Mail Online

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di India menderita penyakit ganjil sejak dilahirkan yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti biawak.

Pakar perubatan di New Delhi berkata, kanak-kanak itu, Sharma menghidap penyakit yang dikenali sebagai lamellar ichthyosis iaitu penyakit kulit yang hanya berlaku kepada kepada seorang daripada 600,000 orang.

Menurut laporan Mail Online, penyakit berkenaan menyebabkan kulit kanak-kanak itu semakin mengeras pada setiap hari sehingga dia digelar sebagai 'budak biawak'.

Selain itu, kulit anak pasangan Roshni Banu, 22, dan Sabir Ali, 25, sentiasa kering dan menyebabkan Sharma terpaksa menanggung kesakitan serta mudah terkena jangkitan.

Menurut keterangan perubatan, penyakit tersebut berlaku apabila kedua-dua ibu bapa membawa genetik yang abnormal.

Malah ibu bapa Sharma juga kebuntuan untuk merawat penyakit anak mereka itu kerana tiada pakar yang boleh menyembuhkannya.

Lamellar ichthyosis juga boleh menyebabkan pesakit mengalami demam panas dan tidak boleh berpeluh selain menghalang aliran darah ke jari disebabkan kulit yang semakin mengeras.

Buat masa ini, tiada rawatan yang boleh memulihkan penyakit itu dan penggunaan krim hanya boleh mengurangkan kesakitan kanak-kanak tersebut.

Tags / Kata Kunci: Budak Biawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan