AS Beri Amaran Baharu Kepada Pyongyang

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 4:36 PM

MIKE Pence (kanan) menyampaikan ucapan kepada anggota tentera AS dan Jepun di pangkalan tentera laut AS di Yososuka, Jepun pada 19 April 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Amerika Syarikat (AS) akan membalas sebarang serangan Korea Utara dengan tindakan yang lebih "efektif dan menyeluruh", demikian amaran yang disuarakan oleh Naib Presiden Mike Pence.

Beliau menyatakan amaran itu ketika berucap di atas dek kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan yang berlabuh di Yosuka, Jepun pada Rabu.

Kehadiran Pence ke rantau tersebut bagi memberi jaminan bahawa sekutu AS tidak bimbang dengan program peluru berpandu Korea Utara.

Bagaimanapun Pence yang mengadakan lawatan ke Asia bermula di Korea Utara pada Ahad lalu, berkata, ancaman daripada Korea Utara semakin meningkat.

"Korea Utara merupakan ancaman paling bahaya dan utama terhadap keselamatan serta keamanan di rantau Asia-Pasifik.

"Kita akan membalas serangan (Korea Utara) sama ada (mereka) menggunakan senjata konvensional atau nuklear dengan serangan yang lebih efektif dan menyeluruh," katanya.

Pence mengeluarkan komen tersebut selepas seorang pegawai kanan kerajaan Pyongyang menyatakan perancangan Korea Utara untuk mengadakan ujian senjata pada setiap minggu selain mengancam melancarkan perang jika AS menceroboh negara itu.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Amerika Syarikat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan