EasyJet Halau Dua Penumpang

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 12:38 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sepasang kekasih dihalau daripada sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Britain, easyJet dalam tempoh 24 jam selepas kes yang sama berlaku kepada penumpang syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines.

Pasangan Britain itu, Manoj, 38, dan Viddha, 35, diarahkan keluar daripada penerbangan EZY2383 di Luton pada 10 Paril lalu selepas membayar tiket berharga 678 pound (RM3,745) untuk bercuti di Catania, Sicily.

Namun syarikat penerbangan tambang murah itu menjual tiket melebihi kapasiti yang sepatutnya menyebabkan kedua-dua penumpang terbabit terpaksa dikeluarkan daripada pesawat itu.

Malah pasangan itu menanggung lebih banyak kerugian apabila telah menempah bilik dengan harga 1,270 pound (RM7,015) untuk bercuti selama enam hari di Sicily dan pembayaran tersebut tidak boleh dikembalikan.

Manoj memberitahu portal The Independent,  bahawa situasi yang dihadapinya itu amat memalukan apabila dia dan pasangannya yang terpaksa mengeluarkan semua barang di hadapan penumpang lain sambil diiringi keluar oleh dua staf easyJet.

Malah katanya, mereka pada awalnya tidak diberi pampasan sewajarnya walaupun syarikat itu menawarkan penerbangan lain empat hari kemudian.

Namun selepas mengadu tentang insiden itu, pihak easyJet memohon maaf atas kejadian tersebut dan membayar pampasan kepada pasangan terbabit.

Kejadian berkenaan berlaku dalam tempoh kurang 24 selepas layanan kasar syarikat United Airlines terhadap David Dao, 69, yang diheret keluar selepas syarikat itu melakukan kesilapan sama seperti easyJet.

Tags / Kata Kunci: easyJet

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan