Era Baharu Turki Bermula

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 3:47 PM

PENYOKONG Erdogan menyambut kemenangan pungutan suara untuk meminda Perlembagaan di Istanbul pada 16 April 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengalu-alukan sokongan kem 'Ya' yang mengundi dalam pungutan suara untuk meminda Perlembagaan yang bakal membenarkan pemimpin nombor satu negara itu memiliki kuasa eksekutif yang lebih besar.

"Kita telah diserang oleh pelbagai negara dari seluruh dunia. Anda sendiri melihat bagaimana negara Barat menyerang kita," kata beliau kepada penyokong di Istanbul pada Ahad.

"Kita tidak berpecah-belah. Kita sudah berada di laluan sendiri dan kini kita perlu meningkatkannya lagi (dengan sistem yang baharu.

"Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk negara ini," kata beliau menurut laporan Al Jazeera.

Perubahan Perlembagaan disokong oleh Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan yang diasaskan oleh beliau, dan pimpinan Parti Tindakan Nasionalis yang memberi sokongan penting di Parlimen bagi melakukan pindaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim menyampaikan rasa terima kasih terhadap rakyatnya kerana menyokong usaha meminda Perlembagaan.

"Kita semua adalah bersaudara yang berdiri sebagai satu (pasukan) menentang pengkhianat.

"Terima kasih Turki, terima kasih negaraku," katanya.

Berdasarkan keputusan pada lewat Ahad pungutan suara, kem "Ya" meraih 21.3 peratus berbanding kem 'Tidak" yang mendapat 48.7 peratus daripada 99 peratus undian yuang dikira.

Pindaan Perlembagaan itu akan mengubah sitem Parlimen dan kerajaan Turki kepada sistem eksekutif Presiden yang memberi lebih banyak kuasa kepada pemimpin tertinggi negara itu.

Selain itu juga, Presiden yang dipilih pada 2019 boleh melantik sendiri timbalan presiden, menteri, pegawai tertinggi kerajaan dan hakim negara yang sebelum ini dilaksanakan oleh Perdana Menteri.

Malah Presiden juga dibenarkan untuk membubarkan Parlimen, mengeluarkan dekri eksekutif dan menguatkuasakan perintah darurat.

Bagaimanapun, penganalisis politik memberi amaran bahawa langkah sedemikian hanya mewujudkan sebuah negara yang dikawal oleh diktaktor memandangkan kuasa pemimpin tertinggi negara itu tidak boleh dipertikai.

Turki berdepan beberapa isu besar termasuk pemberontakan puak Kurdish, usaha menjadi anggota Kesatuan Eropah, kempen memerangi militan Daesh dan cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera sejak Erdogan memegang jawatan sebagai Presiden.

Tags / Kata Kunci: Recep Tayyip Erdogan , Turki

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan