Cubaan Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Gagal

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 7:49 AM

Korea Utara mendedahkan 'peluru berpandu balistik' semasa perarakan tentera di negara itu pada Sabtu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu dekat Sinpo di pantai timur negara itu pada Ahad tetapi dipercayai misi berkenaan gagal, kata tentera Korea Selatan.

Cubaan melancarkan peluru berpandu tersebut dibuat sehari selepas Korea Utara mengadakan perarakan tentera di ibu negara sempena ulang tahun pemimpin agung negara itu.

"Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu yang tidak dikenali dari wilayah Sinpo pagi ini tetapi dipercayai gagal," kata Pejabat Ketua Turus Bersama di Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut berhubung perkara itu, dan pejabat tersebut memberitahu ia menganalisis pelancaran peluru berpandu berkenaan.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari rantau yang sama awal bulan ini menjelang mesyuarat sidang kemuncak antara pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan China, sekutu utamanya, berhubung program senjata Korea Utara.

Ketegangan memuncak berikutan spekulasi mengenai Korea Utara akan melakukan ujian nuklear keenam atau ujian peluru berpandu balistik sempena ulang tahun pada 15 April yang disebut sebagai Hari Matahari.

Rumah Putih berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump 'memberi amaran' kepada Korea Utara manakala kemungkinan tentera AS bertindak terhadap Pyongyang mendapat perhatian susulan serangan AS terhadap Syria pada 7 April lalu.

AS sedia melancarkan serangan awal ke atas Korea Utara sekiranya Pyongyang terus berdegil mengadakan ujian nuklear.

Sebaliknya, Korea Utara memberi amaran sedia menyerang AS menggunakan senjata nuklear sekiranya provokasi terus dilakukan. - Reuters

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan