Kanak-Kanak Bermain Di Lokasi Letupan 'Ibu Segala Bom'

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 8:22 AM

Kanak-kanak merupakan antara penduduk tempatan yang mendekati kawasan runtuhan yang musnah akibat serangan 'ibu segala bom', Jumaat lalu. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PENDUDUK tempatan dan kanak-kanak pada Sabtu mendekati kampung Shadal Bazar di Afghanistan yang musnah akibat letupan 'ibu segala bom' yang digugurkan Amerika Syarikat (AS).

Menurut pegawai Afghanistan, angka kematian serangan di Afghanistan itu meningkat kepada 94 anggota kumpulan militan IS termasuk empat ketua pengganas.

Jurucakap gabenor wilayah di Nangarhar, Ataullah Khogyani berkata, bilangan anggota militan IS yang maut meningkat dari 36 orang sebagaimana yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada kematian dilaporkan membabitkan orang awam.

Jumaat lalu, Tentera Udara AS mengugurkan 'ibu segala bom' yang menyasarkan rangkaian kumpulan militan ISIS di Afghanistan.

Bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast Bomb merupakan bom bukan nuklear terbesar yang pernah digunakan.

Presiden AS, Donald Trump memberitahu bahawa beliau menyifatkan operasi tersebut sebagai misi yang sangat berjaya.

Malah, sebahagian penduduk Afghanistan juga menyambut baik serangan itu dan meminta lebih banyak lagi dibuat dengan menyasarkan kumpulan militan. - Mail Online


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan