Bukit Sampah Runtuh Korbankan 19 Nyawa

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

COLOMBO: Runtuhan bukit sampah yang runtuh akibat hujan lebat dan menimbus kira-kira 145 rumah telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 maut termasuk kanak-kanak.

Kejadian pada Jumaat itu telah menyaksikan penduduk kawasan itu membantu mengeluarkan mangsa dengan dibantu pihak berwajib termasuk ratusan anggota tentera menggunakan jengkaut di kawasan runtuhan bukit sampah setinggi kira-kira 90 meter itu.

Jurucakap Hospital Colombo, Pushpa Soysa berkata, masing-masing dua remaja lelaki dan perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun antara yang terkorban.

Pushpa berkata, sejumlah 21 orang telah dibawa ke hospital dari Kolonnawa iaitu kawasan pembuangan sampah itu.

“Kami masih bersiap sedia, beberapa orang telah berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan rumah sepanjang malam. Lima daripada mereka telah meninggal dunia akibat cedera parah,” katanya.

Menurut pihak polis, seramai 625 orang telah diberikan perlindungan sementara di sekolah kerajaan berdekatan sebelum kejadian tersebut.

“Angka kematian kemungkinan lebih tinggi jika kebanyakan penduduk tidak meninggalkan rumah mereka sehari sebelum kejadian,” kata seorang pegawai pengurusan bencana yang enggan dikenali. – AFP



Tags / Kata Kunci: Colombo , Pushpa Soysa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan