Remaja Pakistan Menderita 'Anu' Dipotong, Mata Dicungkil

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 12:34 PM

MANGSA (tengah) bersama keluarganya ketika membuat laporan polis di Lahore. - Mirror

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Seorang bapa di Pakistan bertindak di luar batasan apabila memotong kemaluan dan mencungkil mata seorang remaja lelaki yang didakwa tidur bersama anak perempuannya.

Menurut keluarga mangsa, anak mereka berusia 15 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Jinnah di Lahore untuk menyelamatkan nyawanya tetapi mangsa hilang sebelah penglihatan akibat serangan ganas itu.

Menurut laporan portal Mirror, serangan itu berlaku pada Selasa lalu keluarga remaja lelaki mendakwa keluarga remaja perempuan terbabit bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan mahu mengambil tindakan terhadap mereka.

Malah bapa mangsa mendakwa, ayah perempuan itu bersama tiga rakannya menculik dan menyerang anaknya kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya.

"Bapa remaja perempuan itu menculik anak saya di sekolah dan membawanya ke kawasan terpencil di sungai Ravi.

"Mereka memotong kemaluannya dan mencungkil mata sebagai membalas dendam sebelum melarikan diri," katanya.

Mangsa ditemukan berlumuran darah oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital.

Kejadian itu disiasat oleh Polis Lahore dan kesemua suspek yang terlibat telah ditahan.

Tags / Kata Kunci: Potong Kemaluan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan