Korea Utara Palu Gendang Perang

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 11:14 AM

IMEJ yang disiarkan stesen televisyen rasmi Korea Utara menunjukkan aset tentera dibawa berarak sempena sambutan ulang tahun pengasas negara itu, Kim Il-sung di Pyongyang pada 15 April 2017. - AP

(Ubah saiz teks)

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, membuat penampilan pada perarakan tentera  yang diadakan secara besar-besaran sempena sambutan ulang tahun kelahiran mendiang datuknya yang juga pengasas negara itu, Kim Il-sung pada Sabtu.

Stesen rangkaian televisyen Korea Utara menunjukkan Jong-un memakai baju sut hitam dan kemeja putih, tiba di dataran di ibu negara dengan menaiki limosin sebelum memeriksa perbarisan degnan berjalan di atas karpet merah.

Beliau kemudiannya menaiki podium dan menyampaikan ucapan kepada ribuan tentera serta pengunjung yang memenuhi dataran tersebut.

Sebuah peluru berpandu balistik juga turut dipamerkan pada perarakan itu buat pertama kali manakala sejumlah besar aset tentera turut dibawa berarak termasuk kereta kebal, unit artileri dan pelancar roket.

Penganalisis politik Korea Selatan menjangkakan Korea Utara menggunakan perarakan itu untuk mempamerkan kekuatan senjata strategiknya termasuk peluru berpandu jarak jauh.

Sambutan ke-105 itu yang juga dinamakan sebagai Hari Matahari, bagaimanapun dilihat sebagai 'gendang perang' yang dipalu oleh Jong-un sebagai persediaan menghadapi serangan awal daripada Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan kebimbangan Washington bahawa Pyongyang mungkin mengadakan ujian nuklear keenam, sekali gus memberi ancaman kepada kestabilan serantau terutamanya Korea selatan dan Jepun dengan pembangunan nuklear negara komunis itu.

Ketegangan antara AS dan Korea Utara semakin memuncak pada minggu ini apabila Pyongyang mengeluarkan beberapa ancaman untuk menghancurkan tentera AS dan sanggup berperang jika itu pilihan musuh.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan