Curi 10,000 Pakaian Dalam Wanita Sejak Sedekad Lalu

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pihak polis di Jiujiang membongkar 'hobi' pelik seorang lelaki yang suka 'mengumpulkan' pakaian dalam wanita yang dicuri sejak 10 tahun lalu.

Aktiviti lelaki itu didedahkan salah seorang mangsanya yang menyedari seluar dalam miliknya yang hilang tergantung di balkoni asrama kilang berhampiran.

Sebaik menerima laporan, polis menyerbu bilik lelaki itu dan menjumpai ribuan pakaian dalam yang diletakkan di dalam almari dan perabot di bilik asrama berkenaan.

Sebanyak 10 beg,  berserta kotak yang disumbat dengan pakaian dalam wanita turut dijumpai.

Jiangnan City News melaporkan, suspek adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan empat puluhan yang hanya dikenali sebagai Xing telah bercerai beberapa tahun lalu.

Dia mengaku mencuri semua pakaian dalam sejak 10 tahun lalu dan menyukai pakaian wanita sejak dia muda lagi.

Malah menurutnya, ketika di sekolah, rakan-rakanya melayannya seperti seorang gadis.

Xing berkata, setiap malam dia akan mengumpulkan timbunan pakaian dalam yang dicuri itu untuk dipeluk ketika tidur.

Dek kerana tabiat itu, dia kerap mencuci dan mengeringkan pakaian berkenaan.

Sementara itu, menurut polis, Xing mempunyai lebih 10,000 helai pakaian dalam wanita.

Tags / Kata Kunci: Curi , Pakaian Dalam Wanita

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan