Penumpang United Airlines Disengat Kala Jengking

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines sekali lagi menjadi perhatian media apabila seorang penumpang disengat seekor kala jengking ketika dalam penerbangan baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Richard Bell, disengat ketika sedang menikmati makan tengah hari semasa penerbangan dari Houston ke Calgary, Kanada apabila dia menyedari sesuatu 'objek' jatuh di atas kepalanya.

"Saya mengambil objek tersebut dan tidak menyangka ia merupakan seekor kala jengking.

"Kebetulan saya memegang ekornya, jadi haiwan itu tidak dapat menyengat saya sepenuhnya," kata Bell seperti dilaporkan portal Mirror.

Seorang penumpang lain yang menyedari kejadian itu memberi amaran kepada Bell bahawa serangga yang dipegangnya adalah kala jengking dan mangsa terus melepaskan haiwan itu.

Namun apabila dia cuba memegangnya semula, kala jengking terbabit terus menyengatnya.

Tetapi Bell berjaya menterbalikkan serangga tersebut sebelum seorang krew pesawat mencekup haiwan itu dengan cawan.

Seorang pegawai perubatan yang ditugaskan dalam penerbangan itu kemudiannya merawat Bell sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut apabila tiba di destinasi.

Pihak syarikat United masih menyiasat insiden itu dan kebingungan bagaimana kala jengkin tersebut boleh berada di dalam pesawat berkenaan.

Syarikat itu memberi baucer penerbangan kepada Bell dan isterinya sebagai pampasan.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas dunia digemparkan dengan kejadian seorang penumpang dihalau daripada pesawat United gara-gara syarikat itu terlebih mengambil penumpang.

Rakaman yang menunjukkan mangsa, Dr David Dao dikasari secara fizikal oleh pegawai keselamatan mengundang kecaman daripada orang ramai terhadap layanan syarikat United kepada penumpang.


Tags / Kata Kunci: United Airlines , Kala Jengking

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan