Rakaman Ahli Sihir 'Terbang' Tersebar - Berita Dunia | mStar

Rakaman Ahli Sihir 'Terbang' Tersebar

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Sebuah keluarga di Mexico mendakwa sempat merakamkan kejadian aneh yang dipercayai aksi seorang ahli sihir 'terbang' ke udara baru-baru ini.

Menurut laporan Mail Online, rakaman itu yang berlaku di Monterrey, Mexico, menunjukkan ahli sihir itu terbakar sebelum terapung dan menjadi bebola api.

Malah turut kedengaran suara ahli sihir itu mengilai sebelum terbang ke udara meninggalkan tempat tersebut.

Rakaman tersebut disiarkan dalam laman web sebuah stesen radio yang sering menyiarkan video aktiviti paranormal dan fenomena luar biasa yang disiarkan di Amerika Syarikat dan Mexico.

Video itu dikongsi oleh seorang lelaki bernama H. Gutierrez dengan mesej berbunyi, "Seorang rakan kerja yang tinggal di Monterrey berkata, keluarganya merakamkan kejadian itu yang dipercayai ahli sihir."

Seorang pengguna internet yang bernama Verito De Garcia mendakwa, 'subjek' yang dirakamkan itu merupakan ahli sihir.

Bagaimanapun ada pihak berpendapat bahawa, objek itu merupakan belon atau surat khabar yang terbakar dan diterbangkan ke udara.

Tags / Kata Kunci: Mexico , Ahli Sihir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan