AS Sedia Serang Korea Utara - NBC

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Selepas menyerang Syria secara terbuka awal minggu ini dan menggugurkan 'ibu segala bom" di Afghanistan pada Jumaat, Amerika Syarikat sekali lagi mahu mempamerkan kuasa apabila dipercayai sedia melancarkan serangan awal ke atas Korea Utara sekiranya Pyongyang terus berdegil mengadakan ujian nuklear.

Menurut laporan NBC.news, AS akan menyerang menggunakan senjata konvensional ke atas Korea Utara selepas Pyongyang memberi bayangan bahawa satu lagi ujian nuklear akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Sumber perisikan AS memberitahu portal tersebut bahawa AS menempatkan dua kapal pemusnah yang mempunyai keupayaan melancarkan serangan peluru berpandu Tomahawk ke atas Korea Utara, satu daripadanya terletak kira-kira 482 kilometer dari tapak ujian nuklear Pyongyang.

Pesawat pengebom AS juga ditempatkan di Guam untuk menyerang Korea Utara jika situasi meruncing dan awal minggu ini, Pentagon mengumumkan armada penyerang diketua kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson dikerahkan ke kawasan perairan berdekatan Korea Utara.

Bagaimanapun pentadbiran Presiden Donald Trump menafikan laporan tersebut.

Ketegangan antara Korea Utara dan AS semakin memuncak apabila pada Rabu lalu, Pyongyang menyatakan kesediaan menyerang AS terlebih dahulu menggunakan senjata nuklear jika Washington melancarkan serangan.

Sehari kemudian, Pyongyang memberi amaran bahawa serangan balas akan dilancarkan jika AS bertindak.

Malah Pyongyang terus berdegil untuk meneruskan program pembangunan nuklear meskipun didesak oleh AS dan masyarakat antarabangsa.

Kali terakhir Korea Utara mengadakan ujian nuklear pada awal tahun lalu yang menerima kecaman dunia dan dikenakan sekatan lebih ketat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kemudian, Pyongyang tidak mengendahkan kemarahan antarabangsa dan terus menjalan beberapa siri ujian peluru berpandu jarak jauh dan sederhana.


Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Amerika Syarikat

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan