Trump Hubungi Komander Kapal Tentera Laut AS

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 5:21 PM

Trump bersama Penasihat Keselamatan Negara, H.R.McMaster dalam pesawat Air Force One ketika menghubungi kedua-dua pegawai pemerintah tentera laut AS.

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Donald Trump sendiri telah menelefon pegawai pemerintah kapal tentera laut USS Porter dan USS Ross yang bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu Tomahawk ke Syria, minggu lalu.

Presiden Amerika Syrikat itu menghubungi Komander Russel Caldwell dan Komander Andria Slough dari pesawat Air Force One kerana berpuas hati dengan tindakan pantas mereka susulan arahan yang diberikan untuk menyerang negara itu.

Kedua-dua pegawai berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk melancarkan 59 peluru berpandu ke pangkalan udara Shayrat.

Pihak tentera laut menerusi tweet pasukan keselamatan itu telah memuatnaik gambar kedua-dua pegawai pemerintah terlibat ketika menerima panggilan telefon daripada Trump.

Daripada keseluruhan peluru berpandu yang dilancarkan itu, hanya satu gagal menepati sasaran untuk memusnahkan pangkalan udara dan kawasan petroleum di negara itu.

Trump telah mengarahkan supaya peluru berpandu itu dilancarkan pada Khamis susulan serangan senjata kimia yang dilakukan atas arahan Presiden Bashar Assad.

Dalam temubual dengan McMaster, beliau memberitahu matlamat AS adalah untuk memerangi militan IS dan menyingkirkan Assad.

"Sukar untuk memahami bagaimana hasil penyelesaian politik jika rejim Assad terus berkuasa.

"Negara lain seharusnya mempersoalkan kenapa perlu menyokong rejim ini yang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyatnya sendiri?"








Tags / Kata Kunci: Trump , Syria , Andria , USS Ross

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan