Indonesia Tembak Enam Militan

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Enam lelaki yang disyaki anggota kumpulan militan yang dikaitkan dengan Daesh ditembak mati di Pulau Jawa, Sabtu.

Dalam kejadian itu, tujuh lelaki memandu ke sebuah pusat pemeriksaan polis dan melepaskan tembakan sehingga mencetuskan insiden kejar mengejar dengan polis Indonesia.

Kesemua suspek kemudian meninggalkan kenderaan di tepi jalan dan melarikan diri ke kawasan pertanian di Tuban, Jawa Timur.

"Apabila pihak berkuasa tiba di kawasan itu, bunyi tembakan kedengaran. Kejadian berbalas tembakan berlaku tidak lama kemudian dan enam suspek terbunuh," menurut jurucakap polis kebangsaan, Rikwanto.

Seorang ahli kumpulan itu bagaimanapun berjaya ditahan.

Penyerang disyaki sebahagian daripada rangkaian Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang disyaki bertanggungjawab untuk beberapa siri serangan terbaharu di negara itu termasuk di Jakarta, pada Januari tahun lalu. - AFP

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Daesh , JAD

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan