Rusia, Iran Beri Amaran Balas Serangan AS

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 9:33 PM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia dan Iran memberi amaran untuk bertindak balas dengan menggunakan kuasa ketenteraan sekiranya Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melanggar 'garisan merah' di Syria.

Amaran keras itu disuarakan dua hari selepas AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera udara Syria sebagai membalas serangan kimia oleh tentera rejim yang mengorbankan ramai nyawa orang awam.

"Tindakan agresif AS di Syria melanggar garisan merah. Mulai sekarang, kami (Iran dan Rusia) akan membalas menggunakan kekerasan terhadap mana-mana pihak yang melanggar garisan tersebut.

"AS sedar keupayaan kami untuk bertindak balas," jelas kedua-dua negara itu menerusi satu kenyataan bersama.

Dalam serangan kimia pada 4 April lalu, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak apabila tentera Syria menggugurkan bom sarin di Khan Sheikhun di wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan penentang.

Selang tiga hari kemudian, AS melancarkan kira-kira 59 peluru berpandu Tomahawk untuk memusnahkan pangkalan udara al-Shayrat dekat Homs sebagai hukuman ke atas tentera rejim tetapi angka kematian dilaporkan mencecah enam orang termasuk orang awam.

Tindakan tersebut dipuji oleh kebanyakan pemimpin dunia tetapi kebimbangan turut disuarakan bahawa serangan AS itu mungkin mengheret konflik yang lebih besar di Syria memandangkan negara Asia Barat itu merupakan sekutu rapat Rusia dan Iran.

Moscow dan Teheran turut terlibat dalam peperangan di Syria dengan menyertai operasi memerangi kumpulan penentang kerajaan dan militan Daesh.

Tags / Kata Kunci: Rusia , Iran , Syria , Amerika Syarikat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan