Menara Big Ben Ditutup Tiga Tahun - Berita Dunia | mStar

Menara Big Ben Ditutup Tiga Tahun

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Proses membaik pulih bangunan ikon terkenal di ibu negara Britain, Menara Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Big Ben bermula pada Sabtu, sekali gus menyebabkan jam tersebut tidak akan berfungsi bagi tempoh yang panjang.

Menurut laporan portal News X, kerja pemulihan itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun, tugas membaiki paling besar dilakukan pada menara tersebut dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.

Kos membaiki itu akan menelan belanja sebanyak 29 juta pound melibatkan kerja-kerja menghalang hakisan karat pada peralatan besi serta menghentikan resapan air yang boleh merosakkan bangunan berusia 160 tahun itu.

Jam yang besar pada menara itu tidak pernah diusik sejak tahun 1859, akan berhenti berfungsi selama beberapa bulan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.

Menara itu dinamakan sebagai Menara Elizabeth sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II dan merupakan antara bangunan paling ikonik di Britain.

Bangunan itu juga lebih dikenali sebagai Big Beg dalam kalangan pelancong tempatan dan asing, diambil sempenan nama loceng paling besar yang terdapat dalam menara tersebut.


Tags / Kata Kunci: Big Ben
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan