Pembaca Berita Sampaikan Berita Kematian Suami Di TV

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 12:57 PM

Pembaca berita, Supreet Kaur. Foto Twitter/Mirror

(Ubah saiz teks)

SEORANG pembaca berita televisyen mengetahui berita mengenai suaminya maut dalam nahas jalan raya ketika menyampaikan laporan berita tergempar secara langsung.

Supreet Kaur yang merupakan pembaca berita untuk saluran IBC24 di India dilihat tenang semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas dan mangsa menerusi panggilan telefon.

Walaupun wartawan itu tidak menyebut nama-nama mangsa, tetapi memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang di dalam kereta terbabit nahas terbunuh.

Butiran itu sudah cukup bagi Kaur, 28, menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.

Ketika kejadian, suaminya menaiki kereta yang sama, Renault Duster, di jalan yang sama pada masa yang sama bersama empat lagi rakan.

Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan mengenai nahas jalan raya membabitkan suaminya disampaikan.

Memetik laporan Hindustan Times, Kaur bagaimanapun menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.

Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.

Editor itu berkata: "Tetapi kami tidak memberitahu dia. Kami tak sanggup."

"Dia bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya."

Seorang rakan setugas berkata: "Dia seorang wanita yang sangat tabah. Kami berbangga dengan dia sebagai pembaca berita, tetapi apa yang telah berlaku hari ini benar-benar mengejutkan kami." 

Kaur bertugas sebagai pembaca berita untuk IBC24 selama sembilan tahun.

Dia dan suaminya telah setahun berkahwin. - Mirror



iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan