Tragedi Rempuhan Stockholm, Dua Suspek Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 10:52 AM

LOKASI rempuhan di Stockholm yang menyaksikan empat orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah kedai pada 7 April 2017. - AP

(Ubah saiz teks)

STOCKHOLM: Dua lelaki ditahan susulan insiden rempuhan trak yang meragut nyawa empat orang di ibu negara Sweden pada Jumaat, kejadian terbaharu membabitkan rempuhan kenderaan di Eropah.

Kawasan Stockholm juga lumpuh ekoran kehadiran ramai anggota keselamatan selepas serangan tersebut yang menyaksikan sebuah trak yang dicuri digunakan untuk merempuh orang awam yang sibuk membeli-belah di sebuah kedai di tengah ibu bandar raya itu.

Jurucakap pihak pendakwa raya Sweden, Karin Rosander berkata, kedua-dua suspek yang ditahan dipercayai mempunyai motif melakukan serangan keganasan.

"Seorang daripada suspek ditahan kerana dipercayai mahu melakukan keganasan berbanding pembunuhan.

"Suspek pertama ditahan di kawasan penematan di pinggir Stockholm manakala suspek kedua menerima nasib sama beberapa jam kemudian," katanya.

Pihak polis mengesahkan empat mangsa terbunuh dan 15 orang lagi cedera dalam tragedi itu.

Insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan di kedai Ahlens, kawasan paling sibuk untuk pejalan kaki kerana menghubungkan pusat komersial dan stesen kereta api bawah tanah.

Sementara itu, Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven berkata, petunjuk awal membuktikan serangan itu bermotifkan keganasan.

"Saya meminta orang awam agar sentiasa berwaspada dan menyalurkan maklumat penting kepada polis," katanya,

Pada bulan lalu, empat orang terbunuh apabila seorang lelaki merempuh pejalan kaki di Jambatan Westminster di London sebelum menikam mati seorang anggota polis di luar bangunan Parlimen Britain.

Pada Julai tahun lalu, seramai 68 orang terbunuh akibat dirempuh sebuah trak di Nice, Perancis ketika orang ramai berkumpul sempena sambutan Hari Bastille.

Di Berlin, seramai 12 orang maut apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas pada Disember lalu.

Tags / Kata Kunci: Stockholm

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan