Pemegang Lilin Berusia 400 Tahun Hilang, Empat Pegawai Dipecat

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Empat pegawai di China dipecat selepas pemegang lilin berusia 400 tahun di kubur maharaja Ming dicuri, menurut pihak berkuasa tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai berkenaan ialah dari daerah Changping termasuk ketua dan Ketua Parti Kawasan Agensi Khas Kawasan Perkuburan Ming dan dua pegawai yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan warisan budaya.

Kubur itu dibina untuk maharaja pada Dinasti Ming (1368-1644).

Menurut seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan, pemegang lilin itu didapati hilang pada Mei lepas, namun menurut pegawai bertugas ia dihantar untuk dibaiki.

Isu pemegang lilin menjadi topik hangat bulan lepas apabila seorang pengunjung memuat naik gambar kubur berkenaan dalam talian.

Katanya, empat pegawai dipecat kerana gagal melindungi peninggalan budaya dan kawalan keselamatan sedia akan ditambah baik.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan dan kes masih dalam siasatan.

Terletak kira-kira 40 kilometer ke utara pusat bandar Beijing, kubur maharaja Ming disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 2003. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kubur Mahajara Ming

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan