Anies Dilapor Fitnah Ahok

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN perundangan calon Gabenor Jakarta, Basuki "Ahok" Tjahaja Purnama melaporkan tindakan pencabarnya, Anies Baswedan kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Bekas Menteri Pendidikan itu dikatakan berbuat demikian ketika berkempen untuk pada pusingan pertama pemilihan jawatan itu.

Anies dikatakan mendakwa jika Ahok dilantik semula untuk menduduki kerusi Gabenor Jakarta, pemimpin berbangsa Cina itu akan mengusir penduduk di 300 lokasi berbeza di bandaraya itu.

"Kami telah meneliti setiap ucapan Ahok sepanjang tempoh berkempen dan mendapati tiada kenyataan seumpama itu dibuat," kata ketua pasukan perundangan Ahok, Pantas Nainggolan.

Menurutnya lagi, Anies telah membuat kenyataan itu kira-kira dua bulan lalu.

Jelas Pantas, apa yang sebenarnya dikatakan Ahok adalah bangunan di sepanjang laluan air, peniaga tanpa lesen dan pihak yang menimbulkan masalah sosial akan dikawal selia, tanpa menyebut terminologi pengusiran.

Jika siasatan polis mendapati Anies melakukan kesalahan, calon pilihan raya itu boleh didakwa mengikut Seksyen 310 dan 311 Kanun Acara Jenayah kerana memfitnah.

Tags / Kata Kunci: Anies , Ahok , Jakarta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan