Serangan Gas Beracun Korbankan Hampir 100 Nyawa Di Syria

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Serangan gas beracun yang dilepaskan beberapa jet pejuang di barat laut Syria telah mengakibatkan hampir 100 nyawa terkorban, termasuk kanak-kanak.

Tindakan itu juga menyebabkan puluhan lagi mengalami masalah pernafasan serta simptom lain.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan perkara itu berkata, kejadian itu berlaku di bandar yang dikuasai puak penentang.

Menurut SOHR, mangsa kejadian di bandar Khan Sheikhun, wilayah Idlib itu meninggal dunia akibat kesan gas toksin.

Kata kumpulan pemantau itu, jenis gas beracun yang digunakan bagaimanapun masih tidak dapat disahkan.

"SOHR juga tidak pasti sama ada pesawat yang terlibat dalam serangan itu milik tentera Syria atau sekutunya, Rusia," katanya.

Laporan serangan gas itu dibentangkan pada permulaan sidang dua hari anjuran Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Brussels semalam bagi membincangkan masa depan Syria.

SOHR memetik sumber perubatan sebagai berkata, mangsa mengalami simptom serangan gas beracun termasuk muntah dan mulut berbuih. Rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad dituduh melakukan serangan tersebut. – AFP

Tags / Kata Kunci: Syria , SOHR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan