Trump Derma Gaji Tiga Bulan

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendermakan gajinya untuk tempoh tiga bulan pertama berjumlah AS$78,333.32 (RM346,468)
kepada Perkhidmatan Taman Kebangsaan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sean Spicer, menyerahkan replika cek kepada Setiausaha Dalam Negara, Ryan Zinke, pada  sesi taklimat.

Ahli perniagaan bertaraf jutawan itu berjanji untuk tidak menerima gajinya sepanjang berkhidmat sebagai presiden. Bagaimanapun, mengikut undang-undang Trump mesti dibayar gaji pada setiap bulan dan bagi menepati janjinya, beliau bersetuju untuk mendermakan wang berkenaan.

Sementara itu, Zinke berkata beliau teruja dengan keputusan presiden itu untuk mendermakan wang kepada agensi di bawah kendaliannya.

"Trump sudah memaklumkan mengenai perkara ini pada malam Ahad lalu.

"Wang ini akan digunakan untuk membiayai projek menaik taraf 25 taman negara di seluruh negara, yang keseluruhannya membabitkan kos AS$229 juta (RM1 bilion)," katanya.

Sebelum ini, Trump bercadang untuk memotong kira-kira 12 peratus daripada bajet untuk Jabatan Dalam Negara. 


Tags / Kata Kunci: Trump , Sean Spicer

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan