Qatar Airways Sewa Komputer Riba

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

SUSULAN larangan penggunaan komputer riba dalam pesawat dari Timur Tengah dan Afrika Utara yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan Britain, pihak Qatar Airways memutuskan untuk menyewa peralatan elektronik itu.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Doha itu mengambil peluang daripada larangan itu dengan menawarkan perkhidmatan menyewa komputer riba khusus buat penumpang kelas bisnes di pintu masuk.

Pelanggan juga akan mendapat Wi-Fi percuma selama sejam, selain diberi jaminan untuk mendapat jaringan alam maya sepanjang berada dalam penerbangan.

Caj yang dikenakan hanya AS$5 (RM22.15).

"Kami mahu menyediakan ruang dan kemudahan untuk pelanggan bekerja ketika berada dalam pesawat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al Baker kepada CNN.

Bagaimanapun, langkah Qatar Airways itu bukan yang pertama keraa Etihad Airways juga telah mengumumkan tawaran mereka kepada pelanggan.

Etihad akan menyewa iPads kepada pelanggan yang layak sahaja.

Antara penerbangan yang dilarang pihak AS dan Britain adalah Emirates, Turkish Airlines, EgyptAir, Kuwait Airways, Royal Air Maroc, Royal Jordanian Airlines dan Saudi Airlines,

Tags / Kata Kunci: Qatar Airways , Akbar Al Baker

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan